Monthly Archives: Oktober 2007

Keputusan Fantasy Premier League Minggu 11

Aku tersilap percaturan lagi.

Manchester City gagal menyaingi kehebatan Chelsea dengan kekalahan besar 6-0. Ternyata Chelsea yang dibarisi pemain bintang dengan mudah menundukkan anak buah Sven yang rata-rata tidak efektif di semua posisi. Aku yang menyandarkan harapan ke atas Elano selaku kapten dan Petrov hanya dapat mengumpulkan 6 mata. Sebaliknya Didier Drogba yang aku tak jadi ambil telah menyumbangkan 2 gol yang sekaligus menyumbangkan 13 mata buat Fantasy Team. Begitu jua Lampard yang membuat 3 assists telah menyumbangkan 14 mata di dalam Fantasy League.

Teruskan membaca

Advertisements

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Review

Dunia Bola Sepak Aku Part IV

 

Semalam berlangsung satu perlawanan persahabatan pertama selepas cuti hari raya. Rata-rata pemain masih lagi dibayangi oleh rendang, ketupat, lemang, kuih bahulu dan dodol. Aku sampai agak awal di padang. Selepas membuat stretching lebih kurang, aku mula membuat beberapa rembatan ke arah pintu gol kosong dari luar kotak penalti. Ternyata hampeh. Satu pun tak masuk.

Permainan dimulakan bila kesemua pemain dikedua-dua belah pihak telah cukup kesebelasan utama. Aku diletakkan di bahagian sayap kanan. Satu posisi yang kurang aku gemari tapi memberikan kelebihan buat aku untuk membuat hantaran lintang ke pemain penyerang memandangkan aku pengguna kaki kanan. Permainan bermula sangat perlahan kerana para pemain sedang cuba menyesuaikan diri dengan bola setelah seminggu menyesuaikan diri dengan ketupat.

Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under My story

Dunia Bola Sepak Aku Part III: Bentuk Kaki Aku

Inila rupa bentuk kaki aku yang hensem…Harap-harap adala orang-orang dari Adidas atau Nike yang terbaca post aku ni dan sudi merekabentuk sepasang boot bola khas untuk kaki aku dengan sasaran market untuk pemain bola amatur yang hanya pandai menyepak bola. Ideanya adalah supaya pemain-pemain bola amatur teruja dengan konsep ‘bukan pemain pro pun boleh pandai bermain bola dengan boot keluaran khas’…hehehehehe…

Tinggalkan komen

Filed under My story

Keputusan UEFA Champions Fantasy League

Aku berjaya mengumpulkan 78 mata dari perlawanan-perlawanan Liga Juara-Juara yang berlangsung pagi tadi dan semalam.

Seperti yang dijangka, Liverpool gagal menunjukkan taring diperingkat Eropah. Tewas kepada Besiktas dari Turki dengan jaringan 2-1. Pada pendapat aku, polisi Rafa Benitez yang selalu tukar-tukar pemain untuk setiap perlawanan memberikan kesan negatif pada keserasian antara pemain. Justeru (justeru?), para pemain menghadapi masalah untuk membaca rentak permainan rakan sepasukan.

Steven Gerrard (left) and Andriy Voronin, pictured at the end of last night's match in Istanbul

Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Review

Dunia Bola Sepak Aku Part II

Dek kerana begitu meminati Steve Mcmanaman, aku telah membeli sepasang boot dari jenama Umbro yang hampir sama dengan pemain idola aku tu semasa dia bermain untuk Liverpool. Ntah bila aku beli, aku tak ingat. Aku rasa semasa aku 2nd Year kot. Almaklumlah tahun dimana kami menjadi penganjur.

    Nampak tak dia pakai boot Umbro?

Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under My story

Keputusan Fantasy Premier League Minggu 10 Part 2

Newcastle berjaya menumpaskan Spurs 3-1 tapi Butt tak menyumbangkan banyak mata pada aku. Cuma 4 je. Aku patut ambil kira fakta yang Butt ni adalah seorang pemain tengah bertahan (defensive midfielder) yang amat jarang menjaringkan gol kecuali melalui set piece atau kelam kabut depan pintu gol.

Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Review

Keputusan Fantasy Premier League Minggu 10

Emmm…

Arsenal kalahkan Bolton 2-0. Gol dijaringkan Rosicky dan Toure. Tak ada gol oleh Adebayor. Aku kena gugurkan mamat ni dari pasukan Fantasy Team aku. Elano dan Benjani mengekalkan prestasi menjaringkan gol pada setiap perlawanan. Green memastikan pintu gol tak bolos. Tiga pemain sandaran aku di bahagian pertahanan menepati sasaran mengumpulkan 17 mata. Keseluruhannya 59 mata tak termasuk perlawanan Newcastle yang masih belum dikira. Aku letakkan Nicky Butt sebagai pemain tengah.

Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under Lain-lain, Review