Mac 8, 2008

Skil Bola Sepak Part I : Joga Bonito Lagi….!

Memang dahsyatla skil diaorang ni. Entertaining and deadly. Bukan setakat menghiburkan dengan skil hebat tapi terbukti di atas padang, diaorang ni memang sangat berbahaya buat pasukan lawan. Mimpi ngeri kepada barisan pertahanan. 

 dan lagi…

Teruskan membaca →

Mac 8, 2008

Mokhtar Dahari Dalam Kenangan

Tak banyak video klip yang mengandungi aksi Allahyarham Mokhtar Dahari di dalam internet. Kat sini aku muatkan video klip beberapa aksi beliau untuk dijadikan tatapan kepada peminat bola sepak.

Teruskan membaca →

Februari 26, 2008

Kecederaan Dalam Permainan Bola Sepak

Aku sempat menonton perlawanan EPL di antara Arsenal dan Birmingham City yang berkesudahan dengan keputusan seri 2-2 dan menyaksikan jurang mata di antara pendahulu liga dengan Man U kini hanya 3 tiga. Man U membelasah Newcastle United 5-1 dengan persembahan hebat dari Ronaldo dan Rooney. Tapi insiden yang menjadi tumpuan pada jadual EPL minggu ini adalah insiden minit ke 3 pertemuan di antara Arsenal dan Birmingham City. Teruskan membaca →

Februari 17, 2008

Skil Bola Sepak Part I : Jangan Togel, Football, The Malaysian Way

Iklan Jangan Togel tajaan nike

Teruskan membaca →

Februari 17, 2008

Skil Bola Sepak Part I : Bola Sepak Jalanan Made In Malaysia

Satu lagi video made in Malaysia

Dan lagi.. Teruskan membaca →

Februari 17, 2008

Skil Bola Sepak Part I : Bola Sepak Jalanan Made In Malaysia

Aku terjumpa klip video yang dihasilkan oleh bebudak tempatan menunjukkan skil ‘freestyle’ yang boleh aku katakan belum lagi setanding dengan ‘freestyler’ dari luar.

Walau apa pun, aku ucapkan selamat maju jaya kepada budak-budak yang berani menunjukkan skil mereka kepada seluruh dunia. Jangan berhenti berlatih sampai korang semua boleh buat lebih baik lagi.

Februari 17, 2008

Piala FA Pusingan Ke 5 : Man U vs Arsenal

Pertemuan buku dengan ruas?

Aku tak rasa begitu. Arsenal seakan tidak menjadikan piala FA sebagai sasaran utama musim ini. Beberapa pemain utamanya tidak diturunkan ketika pertemuan yang dijangka sengit awal pagi tadi. Adebayor, Flamini dan Senderos hanya memanaskan bangku simpanan dan dimasukkan pada separuh masa kedua. Manakala Clichy terus memanaskan bangku simpanan sehingga tamat perlawanan

Hasilnya? Man U menang besar dengan jaringan 4-0. Teruskan membaca →

Februari 17, 2008

Skil Bola Sepak Part I : Joga Bonito

 

Betul tak apa yang aku katakan mengenai skil individu bola sepak? Malah Eric Cantona pun mengatakan perkara yang sama mengenainya dalam JogaTV yang ditaja oleh Nike.

Bagi yang belum tau apa itu Joga Bonito, ia adalah merupakan bahasa Sepanyol dan Portugis yang merujuk kepada ‘play nice’ atau ‘play beautiful’. Dalam bahasa Malaysia mungkin boleh diterjemahkan kepada ‘mainkanlah dengan cantik’ atau ‘permainan bersih’. Ia juga merujuk kepada satu bentuk kempen permainan bola sepak yang bersih, ‘fair play’ dan cantik seperti yang ditonjolkan oleh pasukan Brazil.

Tiada lagi tackle keras, tackle dari arah belakang atau terjahan yang boleh menyebabkan kecederaan serius kepada pemain lawan semata-mata untuk menghalang pemain tersebut dari terus bermain dalam satu-satu perlawanan. Tackle dan terjahan adalah perkara biasa dan perlu dalam permainan bola sepak tetapi ia harus dilakukan dengan bersih dan semata-mata untuk merampas bola bukannya untuk menyebabkan kecederaan kepada pemain lawan.

Marco Van Basten adalah salah seorang mangsa kepada tackle keras dari arah belakang yang menyebabkan beliau terus bersara dari bermain bola sepak semasa beliau masih di awal puncak kariernya. Aku pun sama.:)

Februari 17, 2008

Skil Bola Sepak Part I : Bola Sepak Jalanan

Ada banyak lagi.

Perlu diingatkan, mereka ni bukannya pemain profesional. Mungkin ada seorang dua pemain futsal mewakili negara mereka. Kebanyakannya hanyalah pemain amatur yang bermain bola hanya untuk bermain bola, bukannya untuk gaji bulanan.

Ada ke pemain Malaysia miliki skil individu camni? Kalau ada, buatla video klip dan letakkannya dalam Youtube supaya aku pun boleh berbangga sama. Janganlah buat alasan tak suka menunjuk-nunjuk. Bukan itu tujuannya, manala tau ada kelab luar yang berminat untuk tawarkan kontrak lebih lumayan dan boleh dijadikan batu loncatan untuk memberikan sumbangan besar kepada bola sepak negara.

Walaupun ciri-ciri pemain bola sepak yang bagus bukan hanya bergantung kepada skil individu semata-mata, tapi tak ramai pemain bola sepak peringkat antarabangsa yang miliki skil individu yang tinggi. Harus juga diingat, skil individu adalah satu kemahiran mengawal bola yang sangat diperlukan dalam permainan bola sepak.

Februari 17, 2008

Skil Bola Sepak Part I : Bola Sepak Jalanan

Aku jumpa banyak klip video kat youtube yang menampilkan skil bola sepak invididu samada di atas padang mahupun di jalanan. Malah ada juga di dalam gelanggang bola keranjang ketika selang separuh masa perlawanan bola keranjang.

Ini adalah salah satu.