Perlawanan persahabatan aku yang terbaru adalah menentang kelab Old Boys. Tapi boleh dikatakan Old Boys yang tidak sepenuh kekuatan kerana dibarisi oleh pemain-pemain mereka yang baru. Ramai pemain handal mereka tidak hadir oleh pelbagai sebab. Ada yang masih merawat kecederaan, tak boleh keluar ofis, out station dan macam-macam lagi.
So, kami menang bergaya dengan 4-2. Dua darinya hasil gerakan yang aku mulakan. Gol kedua hasil umpanan aku pada striker dari sebelah kanan, ketika aku bermain di sebelah kanan. Gol ketiga pula hasil hantaran lintang dari sebelah kiri ketika aku bermain penyerang atas di separuh masa kedua.


