Mei 7, 2009...6:17 pm

Keputusan Semi-Final 2nd Leg Uefa Champs’ League : Barcelona 1-1 Chelsea

Terus ke Komen

Tiada apa yang boleh diperkatakan lagi. Walaupun perlawanan seakan seimbang, tetapi tiket ke Final lebih memihak kepada Barcelona. Gol awal yang dijaringkan oleh Essien gagal dipertahankan sehingga tamat perlawanan. Sebaliknya Iniesta dan rakan-rakan terus berjuang sehingga keminit-minit akhir perlawanan untuk mencuri 1 gol di tempat lawan yang amat mereka perlukan.

Chelsea seakan berjaya mengekang asakan bertalu-talu Barcelona setelah berjaya menjaringkan gol awal yang membolehkan mereka menjejakkan sebelah kaki ke perlawanan Final menentang Man U. Namun mereka terpaksa menarik balik sebelah kaki tersebut dan memberikan laluan kepada Barcelona yang nyata lebih berhak walaupun diselubungi oleh kontroversi.

Barcelona kehilangan seorang pemain yang dibuang padang dalam perlawanan berbaki 25 minit. Akan tetapi Chelsea gagal mengambil kesempatan tersebut untuk cuba mendapatkan satu lagi gol. Sebaliknya, Barcelona yang hanya mempunyai 1 peluang, menggunakan sepenuhnya peluang tersebut untuk menghukum Chelsea dan di akhir perlawanan, pengadil pula yang dipersalahkan kerana menafikan beberapa kesalahan penalti Barcelona.

Nampak gaya, pelaburan beratus juta pound Roman Abramovich masih belum mampu membawa Piala Uefa tersebut ke kelab miliknya.

Tinggalkan jawapan