Tiada apa yang boleh aku katakan selain ucapan tahniah kepada kelab Catalunia dan para penyokongnya.
2 gol hebat dari Eto’o dan Messi sememangnya membuktikan bahawa pasukan Barcelona lebih handal dari Man U walaupun kedua-dua kelab kelihatan seimbang.
Entries from Mei 2009
Mei 28, 2009
F.C Barcelona Hebat!
Mei 27, 2009
Perlawanan Persahabatan 22/5/2009
Perlawanan persahabatan aku yang terbaru adalah menentang kelab Old Boys. Tapi boleh dikatakan Old Boys yang tidak sepenuh kekuatan kerana dibarisi oleh pemain-pemain mereka yang baru. Ramai pemain handal mereka tidak hadir oleh pelbagai sebab. Ada yang masih merawat kecederaan, tak boleh keluar ofis, out station dan macam-macam lagi.
So, kami menang bergaya dengan 4-2. Dua [...]
Mei 27, 2009
Penentuan Juara Segala Juara Kelab Eropah 2009
Apakah percaturan yang akan dibuat oleh kedua-dua pengurus bagi 2 kelab gergasi Eropah? Apakah taktik dan strategi yang akan digunakan oleh mereka? Open game atau bertahan? Perlawanan akan menjadi tidak menarik jika salah satu kelab menggunapakai taktik bertahan.
Siapakah pula keselebelasan utama yang akan diturunkan?
Adakah komitmen yang akan diberikan oleh C Ronaldo berkurangan selepas bebas dari [...]
Mei 7, 2009
Keputusan Semi-Final 2nd Leg Uefa Champs’ League : Barcelona 1-1 Chelsea
Tiada apa yang boleh diperkatakan lagi. Walaupun perlawanan seakan seimbang, tetapi tiket ke Final lebih memihak kepada Barcelona. Gol awal yang dijaringkan oleh Essien gagal dipertahankan sehingga tamat perlawanan. Sebaliknya Iniesta dan rakan-rakan terus berjuang sehingga keminit-minit akhir perlawanan untuk mencuri 1 gol di tempat lawan yang amat mereka perlukan.
Mei 6, 2009
Uefa Champs’ League Semi Final 2nd Leg: Man U 3 : 1 Arsenal
Pemain muda Arsene Wenger ternyata bukan tandingan Man U. Walaupun statistik perlawanan menunjukkan Arsenal lebih menguasai bola tetapi ketajaman serangan menunjukkan sebaliknya.
Man U lebih banyak membuat percubaan ke arah gol berbanding Arsenal dan lebih banyak membuat gerakan berbahaya ke arah benteng Arsenal.
Mei 4, 2009
Man U vs Arsenal – Semi Final Uefa Champs’ League 1st Leg
Tiada apa yang hebat mengenai perlawanan ini. Hanya 1 gol yang menjadi bekalan anak buah Sir Alex untuk bertandang ke Stadium Emirates minggu ini. Gol tunggal yang dijaringkan oleh John O’Shea pada separuh masa pertama, terus dipertahankan sehingga tamat permainan.
Arsenal jelas tidak begitu mengancam kubu Man U. Tiada larian oleh Walcott atau Sagna. Tiada hantaran [...]
Mei 4, 2009
Padang Sintetik Singapore Sports School
Pada sekitar bulan Mei tahun lepas, aku berpeluang bermain dalam satu perlawanan persahabatan di antara professional Johor dan professional Singapura. Perlawanan yang berlangsung di Singapore Sports School tersebut telah berlangsung dalam suasana persahabatan dan berkesudahan dengan keputusan pasukan aku menewaskan pasukan Singapura 3-0. Tapi apa yang menjadi pengalaman yang paling aku tak dapat lupakan adalah [...]


