Kecederaan Dalam Permainan Bola Sepak

Aku sempat menonton perlawanan EPL di antara Arsenal dan Birmingham City yang berkesudahan dengan keputusan seri 2-2 dan menyaksikan jurang mata di antara pendahulu liga dengan Man U kini hanya 3 tiga. Man U membelasah Newcastle United 5-1 dengan persembahan hebat dari Ronaldo dan Rooney. Tapi insiden yang menjadi tumpuan pada jadual EPL minggu ini adalah insiden minit ke 3 pertemuan di antara Arsenal dan Birmingham City.

Eduardo, pemain antarabangsa Croatia berusia 25 tahun telah mengalami kecederaan yang begitu serius akibat terjahan keras dari pemain pertahanan Birmingham City, Martin Taylor. Kesan dari terjahan keras tersebut, Eduardo telah mengalami patah 2 tulang tibia dan fibula (open fracture of tibula and fibia) serta terkehel buku lali.

Dalam post aku sebelum ni, Joga Bonito, aku telah mengatakan bahawa terjahan dan bentesan adalah perlu dalam satu-satu permainan bola sepak tapi hanya sekadar perlu dan berpada-pada. Walaupun tanpa niat mahu mencederakan pemain lawan, terjahan yang keras dengan niat mahu menghentikan atau mengganggu pergerakan pemain lawan perlu diharamkan. Ini kerana peratusan untuk menyebabkan kecederaan kepada pemain lawan hasil terjahan sebegitu adalah tinggi.

Apa yang telah berlaku kepada Eduardo adalah suatu yang sungguh malang. Lebih malang lagi jika kariernya terus berkubur akibat kecederaan yang begitu serius seprti apa yang telah berlaku kepada Marco Van Basten dan ramai lagi pemain di serata dunia.

Kecederaan yang selalu dialami akibat terjahan keras pemain lawan adalah patah atau retak tulang. Wayne eooney dan David Bekham pernah mengalami patah tulang metatarsal akibat terjahan keras. Lutut dan buku lali adalah yang paling biasa di alami kerana ia melibatkan sendi. John Terry pernah mengalami retak tulang pipi akibat disepak oleh Abu Diaby. Manakala Petre Chech juga mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat bertembung dengan pemain pasukan lawan.

Selain patah atau retak tulang, lebam dan bengkak di bahagian tulang kering adalah juga biasa. Kerana itulah shin pad perlu dipakai untuk keselamatan. Tapi shin pad juga tak boleh menghalang kecederaan serius akibat terjahan keras seperti yang berlaku kepada Eduardo.

Joga Bonito mempromosikan permainan bola sepak bersih. Bola sepak dimainkan oleh 11 orang sepasukan. Hanya kerana seorang pemain penyerang yang mempunyai skil individu yang tinggi tidak memberikan kemenangan mutlak kepada pasukannya. Pemain tersebut perlu bergantung kepada rakan sepasukannya yang lain untuk menghantar bola kepadanya. Oleh itu cara bersih untuk menghalang pemain penyerang yang mempunyai skil terhebat di dunia adalah dengan cara kerjasama berpasukan. Bukannya dengan melakukan terjahan keras yang sengaja disasarkan kepada pemain tersebut.

Sewaktu di sekolah menengah, aku pernah bermain dalam pertandingan piala tertutup sekolah dan pasukan aku telah bertemu dengan pasukan yang mempunyai seorang pemain sayap kanan yang cukup pantas. Malah beliau adalah peserta olahraga dalam acara 100m dan 4x100m sekolah. Lebih junior daripada aku dan aku ditugaskan untuk mengawal budak ni kerana aku bermain di posisi pertahanan kiri.

Cukup laju. Aku kerap kali tewas dalam pertandingan lumba lari dengan budak ni bila dia menerima umpanan dari rakan sepasukannya. Dek kerana penat dan ego yang amat tinggi (pelajar senior kalah dengan pelajar junior) aku telah bertindak menyiku dada budak tu sewaktu dia memulakan larian pecutnya. Budak tu terpaksa menerima rawatan di luar padang dan aku menerima kad kuning pertama dalam sejarah permainan bola sepak aku.

Bila aku renungkan kembali insiden tersebut, sebenarnya ada cara yang lebih bersih dan berkesan untuk menghalang pemain seperti itu yang kini aku praktikkan.

Jika aku dapati pemain sayap pasukan lawan lebih pantas dari aku, apa yang perlu aku buat ialah tunggu saja dia di bahagian bawah. Jangan sekali-kali menghampiri pemain tersebut setiap kali dia mendapat bola di bahagian tengah. Untuk menyerang, sudah pasti pemain tersebut akan membawa bola ke kawasan aku untuk membuat hantaran lintang. Apa yang perlu aku buat hanyalah menunggu dia datang dan membuat kawalan kawasan dengan menjadikan kotak penalti sebagai sempadan. Posisi badan ketika kawalan kawasan adalah juga penting kerana pemain tersebut akan cuba masuk ke petak penalti untuk membuat hantaran ke tengah. Jika aku berjaya menghalang dia dari membuat hantaran lintang ke tengah, aku sudah dianggap berjaya melaksanakan tugas pertahanan.

Untuk menghalang pemain yang mempunyai skil sehebat Cristiano Ronaldo atau Eduardo yang juga memiliki kepantasan, dengan cara yang bersih tanpa terjahan keras adalah dengan mengekori pergerakannya. Dalam masa yang sama, rakan sepasukan di bahagian pertahanan mestilah sentiasa berwaspada dengan hantaran yang akan dilakukannya. Lakukan pintasan atau rebut bola 50-50 setelah hantaran dilakukan. Ini adalah taktik yang digunakan oleh Sven Goran Eriksson terhadap Man U tempoh hari. Tidak perlu terjahan keras. Hanya sekadar halangan kaki semasa beliau menggelecek bola (bukannya ketika ketika larian deras) atau body contact yang minima.

Kita perlukan pemain-pemain hebat ni untuk menambahkan perisa kepada mutu permainan bola sepak liga.

About these ads

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Klip Video, Review

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s