Entries from November 2007

November 14, 2007

Keputusan Fantasy Premier League Minggu 13 Part II

Hasil Kemenangan Arsenal ke atas Reading dengan jaringan 3-1 kelmarin, aku cuma berjaya memungut 12 mata dari Fabregas yang aku jadikan kapten pasukan dan 2 mata dari Toure akibat bolos 1 gol. Keseluruhannya 52 mata di bawah average 56 mata dan mata tertinggi 122. Ntah apa jin yang mamat tu pakai aku pun tak taula. [...]

November 12, 2007

Keputusan Fantasy League Minggu Ke 13 Part I

Padah lagi buat aku bila Chelsea dan Manc City hanya mencatat keputusan seri, Ronaldo aku gugurkan tapi menjaringkan 2 gol untuk Man U., West Ham menang mudah ke atas Derby 5-0 tapi hanya Upson saja yang menyumbangkan 6 mata buat aku dan Tevez tidak menjaringkan gol ketika Man U menang 2-0 ke atas Blackburn Rovers.

November 9, 2007

Dunia Bola Sepak Aku: Part VI

Walaupun pemain bola sepak luar negara lebih mencuri perhatian aku, pemain-pemain tempatan pun tak kurang yang aku kagumi. Aku tak sempat nak melihat kehebatan Allahyarham Mokhtar Dahari. Waktu dia di kemuncak kehebatannya, aku masih lagi budak hingusan. Jadi aku tak boleh nak bagi komen walaupun banyak yang aku baca dan dengar mengenai skil, teknik dan [...]

November 9, 2007

Keputusan UEFA Champion’s Fantasy League Part II

Mari kita tengok siapa yang kena!!!!
Akuuuu!!!!! Huhuhuhu…..
Lagi sekali aku tertipu oleh taktik manager kelab yang lebih mementingkan kecergasan pemain dari perlawanan yang menghiburkan. Arsene Wenger bertindak bijak bila tidak membawa Fabregas, Sagna dan Rosicky bersama-sama pasukan ke perlawanan menentang Slavia Prague. Hasilnya Fabregas dan Sagna tidak menyumbangkan sebarang mata kepada aku. Arsenal hanya menurunkan pemain pelapis [...]

November 7, 2007

Uefa Champ’s Fantasy League Matchday 4 Part I

AARRRGGHHH…….
Apa ni? Inilah padahnya bila tak buat research. Valencia tewas 0-2 kepada Rosenborg di tempat sendiri. Penjaga gol Canizares yang aku letak sebagai penjaga gol pasukan aku, langsung tak diturunkan lantaran cedera. Jadi aku cepat2 tukar kepada penjaga gol kedua aku Tiago dari Sporting Lisbon. Tapi Tiago adalah penjaga gol kedua Sporting Lisbon dan hanya [...]

November 6, 2007

Keputusan Fantasy Premier League Minggu 12 Part II

Jumlah keseluruhan……..66 mata. Average score, 45. Kira aku ni above average la gitu..Highest score, 94. Mamat yang sama la tu.
Walaupun Elano dan Petrov tidak menjaringkan gol, mereka telah menyumbangkan 8 mata buat pasukan aku. Ok le tu…
Dan aku sekarang akan menumpukan pulak kepada Kejuaran Liga Juara-Juara yang akan berlangsung pagi esok. Pemain telah dipilih dan [...]

November 5, 2007

Dunia Bola Sepak Aku: Part V

Permainan apa? Bola sepak!
Permainan apa? Bola sepak!
Permainan apaa? Bola sepaaaak! Ole, ole ole ole…
Kalau tak salah aku, ni lagu jingle masa rancangan TV3 Gila Bola sempena Piala Dunia 1998. Lagu tema Piala Dunia pada ketika tu adalah nyanyian Ricky Martin La Copa De La Vida. Jaringan yang paling aku ingat adalah gol oleh Michael Owen [...]

November 5, 2007

Keputusan Fantasy Premier League Minggu Ke 12

Macam biasa aku mengalami dilema dalam pemilihan pemain untuk dijadikan kesebelasan utama. Adakah Chelsea sudah keluar dari kepompong Jose Mourinho? Apakah yang akan berlaku bila Arsenal bertemu dengan ruas Man U? Aku pening kepala. Wajarkah aku bergantung kepada para pemain Arsenal? Atau Man U?