November 28, 2007...3:16 pm

Keputusan UEFA Fantasy League Match Day-5 Part I

Terus ke Komen

Aku tak membuat sebarang perubahan dengan kesebelasan utama aku sejak matchday-4. Aku masih menaruh harapan Drogba yang akan bersama-sama Chelsea menghadiahkan gol yang berdedai-dedai buat Chelsea dan sekaligus mata yang berkepuk-kepuk kepada aku. Arsenal tewas 1-3 kepada Sevilla. Arsene Wenger hanya menurunkan barisan kedua dan lebih banyak merehatkan barisan utama the Gunners. Sagna dan Fabregas masing-masing hanya menyumbangkan 1 mata kepada aku. Manakala Brown telah tidak diturunkan.

Cristiano Ronaldo yang menjaringkan gol ketika Man U menewaskan Sporting Lisbon, kelab lamanya, menyumbangkan 9 mata kepada aku. Manakala Abidal dari Barcelona yang seri 2-2 dengan Lyon hanay menyumbangkan 1 mata.

Keseluruhannya, hanya 13 mata yang berjaya aku kumpul setakat hari ni. Laporan sepenuhnya akan menyusul esok.

Tinggalkan jawapan