Chelsea menewaskan Rosenborg dengan jaringan 4-0. 2 darinya dijaringkan oleh Didier Drogba dan sekaligus menyumbangkan 10 mata kepada aku. Lampard hanya menyumbangkan 4 mata kepada aku dan agak kurang menyerlah permainan beliau pagi tadi. Sekadar seorang pemain tengah yang ditugaskan untuk mengedarkan (distribute)bola kepada semua pemain lain.
Penjaga gol Canizarez menymbangkan 6 mata kerana tidak bolos [...]
Entries from November 2007
November 29, 2007
Keputusan UEFA Fantasy League Matchday-5 Part II
November 28, 2007
Keputusan UEFA Fantasy League Match Day-5 Part I
Aku tak membuat sebarang perubahan dengan kesebelasan utama aku sejak matchday-4. Aku masih menaruh harapan Drogba yang akan bersama-sama Chelsea menghadiahkan gol yang berdedai-dedai buat Chelsea dan sekaligus mata yang berkepuk-kepuk kepada aku. Arsenal tewas 1-3 kepada Sevilla. Arsene Wenger hanya menurunkan barisan kedua dan lebih banyak merehatkan barisan utama the Gunners. Sagna dan Fabregas [...]
November 27, 2007
Dunia Bola Sepak Aku : Part X
Aku terlewat sampai ke padang kerana masalah yang sepatutnya dapat aku elakkan tapi aku telah memilih untuk tidak mengelak. Akibatnya aku dimasukkan di separuh masa kedua sebagai pertahanan kiri. Perlawanan persahabatan antarabangsa antara Johor Bar dan Singapura Professional telah pun berlangsung ketika aku sampai.
Ketika aku sampai ke padang, perlawanan telah dimulakan dan kami telah pun [...]
November 26, 2007
Keputusan Fantasy Premier League Minggu 14
Mata keseluruhan yang berjaya dikumpul minggu ni hanya 41 tak termasuk perlawanan yang melibatkan Blackburn Rovers dan Aston Villa pada 28/11/2007 nanti. Average hanyalah 38 dan paling tinggi adalah 100.
Kali ni aku menggunakan formasi 4-4-2 dengan meletakkan Drogba dan Benjani di hadapan. Drogba telah tidak diturunkan ketika Chelsea hanya menang 2-0 ke atas Derby County. [...]
November 24, 2007
Dunia Bola Sepak Aku – Edisi Khas Mokhtar Dahari: Part I
Aku dapat data ni dari sebuah laman web http://www.rsssf.com/tablese/eng-b-intres-det.html waktu aku mengumpulkan data mengenai Allahyarham SuperMokh. Aku tidak berpeluang untuk melihat Allahyarham SuperMokh beraksi dalam skuad kebangsaan samada di pentas perlawanan persahabatan, Olimpik atau Asia. Tapi aku banyak membaca mengenai kehebatan beliau sebagai salah seorang penyerang yang digeruni diperingkat Asia.
Aku ada terbaca bahawa pasukan Kebangsaan pernah seri [...]
November 24, 2007
Dunia Bola Sepak Aku: Part VIII
Hari ni pasukan aku akan menghadapi satu perlawanan persahabatan peringkat antarabangsa dengan pasukan profesional Singapura. Bukan pemain bola sepak profesional, tapi pemain-pemainnya terdiri dari para pengamal undang-undang Republik tersebut. Lawyer.
Walaupun perlawanan persahabatan ni tak termasuk dalam jadual perlawanan persahabatan antarabangsa FIFA, aku tetap katakan ia satu perlawanan persahabatan antarabangsa kerana melibatkan dua negara iaitu Johor [...]
November 23, 2007
Dunia Bola Sepak Aku: Part VII
Aku baru tau yang Football Manager 2008 dah dilancarkan dan sudah berada di pasaran. Takde pulak aku nampak kat kedai. Mungkin belum sampai lagi kot.
Aku dah agak lama meninggalkan Championship Manager (CM). Sejak diperkenalkan dengan Football Manager (FM) oleh seorang rakan, aku terus ketagih, sama macam waktu mula-mula menceburkan diri bermain CM02. Dari pagi [...]
November 23, 2007
England Tak Layak!: Part II
Mungkin terlalu awal untuk aku menidakkan England dalam saingan Euro 2008. Rusia masih perlu menumpaskan Andorra bagi menidakkan terus peluang England. Tapi bagi aku, England sememangnya tidak layak untuk terus bersaing dalam kancah Euro 2008. Corak permainan yang membosankan, tiada kreativiti, pengurus pasukan yang gagal mencorakkan taktik dan strategi terbaik dan tiada pemain yang betul-betul [...]
November 22, 2007
England Tak Layak!
Aku tak dapat nak menahan mengantuk untuk melihat perlawanan penentuan nasib England dalam pentas Euro 2008. Masalah kesihatan sedikit sebanyak turut menyumbang ke arah niat ‘tidur lagi bagus’. Berita kekalahan England hanya aku ketahui dari penyampai berita di radio. Hanya jumlah jaringan saja yang aku ketahui tanpa mengetahui siapakah penjaring gol-gol tersebut.
England 2 – 3 [...]
November 21, 2007
Layakkah England?
Aku tak tengok perlawanan antara Israel dan Rusia sepenuh masa. Aku tutup set tv aku bila perlawanan masih lagi berbaki 7 minit dan ketika itu keputusan adalah 1-1. Waktu tu aku fikir Israel tak mungkin dapat menjaringkan gol lagi dan memenangi perlawanan tersebut yang didominasi oleh Rusia. Ternyata jangkaan aku salah. Dan keajaiban berlaku di Israel.


