Oktober 19, 2007...4:46 pm

Dunia Bola Sepak Aku Part I

Terus ke Komen

Aku masih lagi dalam mood nak menulis pasal dunia bola sepak aku.

Selain dari zaman sekolah menengah, minat untuk terus bermain bola sepak bermula di zaman pasca sekolah menengah. Pada awalnya aku hanya disenaraikan sebagai pemain simpanan dalam pasukan Batch ke-11 dalam apa jua perlawanan samada pertandingan inter fakulti ataupun persahabatan. Masa tu pertandingan inter fakulti ni umpama Euro Tournament bagi kami yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Fakulti setiap tahun. Setiap tahun pengajian akan mempunyai 1 pasukan dan memandangkan hanya ada 4 tahun pengajian Ijazah dan 2 tahun matrikulasi, kesemuanya hanya ada 6 pasukan saja.

Di awal penganjuran, pertandingan adalah melalui undian dan secara kalah mati. Ini bermakna kami tidak akan dapat bertemu dengan semua pasukan. Namun pada tahun dimana kami dipilih sebagai penganjur, format pertandingan di ubah kepada format round robin. Setiap pasukan akan bertemu di antara satu sama lain dan juara ditentukan oleh perlawanan 2 pasukan teratas yang mengumpul paling banyak mata.

Aku memang pada awalnya buta taktikal dan strategi bola sepak. Aku tak tau apa-apa mengenai formasi, skil pun takde dan tak tau fungsi satu-satu posisi. Yang aku tau pasukan yang score lebih banyak gol dia menang.

Dalam pasukan kami, hanya ada seorang yang paling berpengalaman bermain bola sepak dan dia pernah mewakili sekolah ke pertandingan pelbagai peringkat kejuaraan. Dia jugalah yang bertindak sebagai kapten kami dan pengatur strategi. Tak cukup dengan tu, dia jugalah yang ditugaskan untuk menjaringkan gol dan mengawal rentak permainan. Pendek kata, dia ni umpama Ronaldinho dalam pasukan bola sepak sekolah rendah Ulu Bertam. Nama dia Safrin Salleh, bekas pelajar Sekolah Alam Shah.

Bukannya kesemua kami tak tau main bola sepak langsung. Marwan ada skil sepak takraw, Azman ada skil rugby, Fariz, Rezaki dan Fizwan ada pengalaman bermain bola sepak di sekolah menengah, Azril ada skil hoki, Wan Rosli penyokong setia pasukan Terengganu dan Newcastle United, Irwan pelari pecut sekolah dan universiti, Musyiri, Zulfahami dan Shamsul…..er..(aku tak ingatla pengalaman bola sepak kau tapi aku tau kau adalah salah seorang dalam pasukan). So, bila digabungkan, kami ada sebuah pasukan yang mantap di setiap posisi.

Kami tak menang apa-apa pada tahun pertama dan kedua Matrikulasi. Tapi mula menunjukkan peningkatan dalam tahun Pertama, Kedua dan Ketiga diperingkat Ijazah.

Boot bola pertamaku adalah dari jenama Adidas berharga RM98 yang kubeli di Kompleks Pertama. Tujuan utama boot tu adalah untuk bermain hoki kerana waktu tu aku terpilih untuk mengikuti latihan pusat bagi mewakili Matrikulasi ke pertandingan inter matriks (tapi aku ponteng banyak sesi latihan menyebabkan aku digugurkan-tak tahan).

Pada ketika itu pemain bolasepak idolaku adalah Steve Mcmanaman dari Liverpool FC dan Ryan Giggs dari Man U. Dan rupanya setelah 2-3 tahun bermain bola sepak, posisi kegemaran aku adalah di bahagian sayap.

Aku memang tak ada skill bola sepak, yang aku tau pada ketika tu sepak dan lari sepantas mungkin. Di tahun Pertama Ijazah, aku mula bermain di bahagian sayap kanan dengan kerap hinggalah aku merasakan terlalu banyak saingan untuk posisi tu membuatkan aku mula bermain di posisi sayap kiri. Itu pun aku terpaksa bersaing dengan Fizwan yang secara naturalnya menggunakan kaki kiri dan aku lebih banyak bermain di posisi pertahanan kiri berbanding sayap.

Kami tak ada latihan bola sepak secara formal kecuali Safrin. Tapi kami mula mengasah skil masing-masing melalui permainan 5-6 sebelah pada setiap petang. Aku mula memerhatikan skil-skil individu pemain-pemain terkenal seperti Ryan Giggs dan Emerson. Aku juga memerhatikan corak permainan Steve Mcmanaman selaku pemain perancang tengah. Tak cukup dengan tu, aku dan Azman sanggup berkongsi duit membeli pita kosong untuk merakamkan kebanyakan perlawanan di kejuaran piala dunia 1998. Dan sudah semestinya pc game Fifa dan Championship Manager menjadi menu harian.

Dek kerana terlalu kerap bermain CM, aku cedok formasi 4-1-3-1-1 untuk pasukan kami semasa satu perlawanan menentang pasukan senior. Aku secara sukarela bermain di posisi tengah menyerang walaupun kurang dipersetujui oleh kapten Safrin. Hasilnya, kami berjaya mengekang pasukan lawan 0-0 di separuh masa pertama. Tapi aku terpaksa akur, formasi sebegini hanya wajar dipraktikkan untuk strategi serangan balas pantas dengan hantaran jauh sebab tu kami tak dapat menjaringkan sebarang gol di separuh masa pertama.

Saranan Kapten Safrin diterima sebab dia jadi penyerang tunggal di separuh masa pertama tanpa sokongan secukupnya dari tengah dan dia penat membawa bola berseorangan tanpa bantuan. Formasi ditukar kepada 4-4-2 dan hasilnya kami berjaya menjaringkan 2 gol di separuh masa kedua. Keputusan, kemenangan 2-0.

Selepas tu aku tak pernah susun formasi ikut selera aku sendiri.

Tinggalkan jawapan