Aku tersilap percaturan lagi.
Manchester City gagal menyaingi kehebatan Chelsea dengan kekalahan besar 6-0. Ternyata Chelsea yang dibarisi pemain bintang dengan mudah menundukkan anak buah Sven yang rata-rata tidak efektif di semua posisi. Aku yang menyandarkan harapan ke atas Elano selaku kapten dan Petrov hanya dapat mengumpulkan 6 mata. Sebaliknya Didier Drogba yang aku tak jadi [...]
Entries from Oktober 2007
Oktober 29, 2007
Keputusan Fantasy Premier League Minggu 11
Oktober 27, 2007
Dunia Bola Sepak Aku Part IV
Semalam berlangsung satu perlawanan persahabatan pertama selepas cuti hari raya. Rata-rata pemain masih lagi dibayangi oleh rendang, ketupat, lemang, kuih bahulu dan dodol. Aku sampai agak awal di padang. Selepas membuat stretching lebih kurang, aku mula membuat beberapa rembatan ke arah pintu gol kosong dari luar kotak penalti. Ternyata hampeh. Satu pun tak masuk.
Permainan dimulakan bila [...]
Oktober 26, 2007
Dunia Bola Sepak Aku Part III: Bentuk Kaki Aku
Inila rupa bentuk kaki aku yang hensem…Harap-harap adala orang-orang dari Adidas atau Nike yang terbaca post aku ni dan sudi merekabentuk sepasang boot bola khas untuk kaki aku dengan sasaran market untuk pemain bola amatur yang hanya pandai menyepak bola. Ideanya adalah supaya pemain-pemain bola amatur teruja dengan konsep ‘bukan pemain pro pun boleh pandai bermain [...]
Oktober 25, 2007
Keputusan UEFA Champions Fantasy League
Aku berjaya mengumpulkan 78 mata dari perlawanan-perlawanan Liga Juara-Juara yang berlangsung pagi tadi dan semalam.
Seperti yang dijangka, Liverpool gagal menunjukkan taring diperingkat Eropah. Tewas kepada Besiktas dari Turki dengan jaringan 2-1. Pada pendapat aku, polisi Rafa Benitez yang selalu tukar-tukar pemain untuk setiap perlawanan memberikan kesan negatif pada keserasian antara pemain. Justeru (justeru?), para pemain [...]
Oktober 23, 2007
Dunia Bola Sepak Aku Part II
Dek kerana begitu meminati Steve Mcmanaman, aku telah membeli sepasang boot dari jenama Umbro yang hampir sama dengan pemain idola aku tu semasa dia bermain untuk Liverpool. Ntah bila aku beli, aku tak ingat. Aku rasa semasa aku 2nd Year kot. Almaklumlah tahun dimana kami menjadi penganjur.
Nampak tak dia pakai boot Umbro?
Oktober 23, 2007
Keputusan Fantasy Premier League Minggu 10 Part 2
Newcastle berjaya menumpaskan Spurs 3-1 tapi Butt tak menyumbangkan banyak mata pada aku. Cuma 4 je. Aku patut ambil kira fakta yang Butt ni adalah seorang pemain tengah bertahan (defensive midfielder) yang amat jarang menjaringkan gol kecuali melalui set piece atau kelam kabut depan pintu gol.
Oktober 22, 2007
Keputusan Fantasy Premier League Minggu 10
Emmm…
Arsenal kalahkan Bolton 2-0. Gol dijaringkan Rosicky dan Toure. Tak ada gol oleh Adebayor. Aku kena gugurkan mamat ni dari pasukan Fantasy Team aku. Elano dan Benjani mengekalkan prestasi menjaringkan gol pada setiap perlawanan. Green memastikan pintu gol tak bolos. Tiga pemain sandaran aku di bahagian pertahanan menepati sasaran mengumpulkan 17 mata. Keseluruhannya 59 mata [...]
Oktober 19, 2007
Fantasy Premier League
Masuk minggu ni, minggu ke6 English Premier League. Aku baru je cek fantasy team aku yang kuharapkan dapat mengumpulkan seberapa banyak mata yang boleh.
Formasi, 3-5-2. Penyerang sandaran, Adebayor dan Benjani. Arsenal akan menerima kunjungan Bolton Wanderers manakala Portsmouth pula akan bertemu Wigan di tempat lawan. Berdasarkan rekod dan pundits, Arsenal dijangka tidak akan menghadapi sebarang [...]
Oktober 19, 2007
Dunia Bola Sepak Aku Part I
Aku masih lagi dalam mood nak menulis pasal dunia bola sepak aku.
Selain dari zaman sekolah menengah, minat untuk terus bermain bola sepak bermula di zaman pasca sekolah menengah. Pada awalnya aku hanya disenaraikan sebagai pemain simpanan dalam pasukan Batch ke-11 dalam apa jua perlawanan samada pertandingan inter fakulti ataupun persahabatan. Masa tu pertandingan inter fakulti [...]
Oktober 19, 2007
Steve Mclaren Dan Dunia Bolasepak Aku
Sebelum menulis post ni, aku baru habis baca Harian Metro hari ni. Berita sukan sudah semestinya tumpuan utama. Dan berita yang menarik perhatian aku adalah nasib pengurus dan jurulatih pasukan England, Steve Mclaren.
Selepas kekalahan kepada pasukan Russia dalam pusingan kelayakan Euro 2008, Steve Mclaren mungkin berdepan dengan kemungkinan menjadi pengurus pasukan England yang ke 6 dipecat [...]


